Jika beli di'Dealer usedcars' agak senang cuma bayar deposit dan bulan-bulan bayarlah kadang-kadang harga kenderaan terpakai lebih kurang dengan harga kereta baru. Dalam keadaan ini, bagaimana jika dapatkan 'GUIDE' untuk membeli kenderaan LELONG. Ada pelbagai pandangan negetif mengenai 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG ini, ada yang mengatakan tidak perlu, ada yang mengatakan menipu dan pelbagai lagi andaian dibuat.
Pengalaman 2 rakan saya yang membeli kenderaan LELONG, yang pertama pergi sendiri tanpa 'GUIDE' ia beli kereta honda city RM 25 ribu kat pasaran masa tu hampir RM 70 ribu, kereta cantik tetapi sesudah buat bayaran dibank dan dia minta dokumen seperti geran, bank kata tiada, dan pihak bank kata ''awak tak telitikah pada 'list' semasa proses lelongan' dia kata mana dia tahu, dan pihak bank kata 'itu masalah awak dan awak kenalah tangguh risiko' dia kata nakkan duit dia balik, pihak bank kata 'setelah membuat full payment awak ambillah kereta berkenaan dan bank tiada lagi ada apa-apa kaitan' dan baliklah rakan saya kerumah dengan kereta yang tiada geran. Hingga sekarang kereta berkenaan masih di'selimut' ditepi rumahnya dan tidak boleh buat apa-apa dah hampir 3 tahun.
Dari pengalaman berkenaan, rakan saya yang ke2 dapatkan 'GUIDE' bagi membeli kenderaan LELONG. Jurupandu atau 'GUIDE' berkenaan membawanya 2 tempat iaitu stor 'FINANCE' dimana tempat kenderaan LELONG, diberikan panduan iaitu masalah-masalah kenderaan yang ada kaitan dengan pihak-pihak JPJ, Puspakom, Kastam dan Polis. Diterangkan catatan-catatan pada 'list' lelongan yang sukar difahami, diberitahu pelbagai panduan bagi mendapatkan kenderaan yang MURAH dan SELAMAT. Walaupun dengan bayaran yang agak tinggi iaitu 2K, tetapi rakan saya mendapat kereta toyota cardina dengan hanya RM 45 ribu jika harga pasaran lebih 100K, memang berbaloi. Dan kini rakan saya itu telah membuat 'side' income dengan menjual kereta terpakai, ambil kereta kancil 2 - 3 ribu dan jual 6 - 10 ribu serta pelbagai jenis kereta yang boleh didapati dengan harga yang MURAH, yang penting 'PENGETAHUAN'.
Jualan LELONG Kenderaan yang telah di buat lebih 10 tahun yang lalu. LELONGAN kenderaan dibuat kerana kegagalan pemilik asal yang gagal membuat bayaran bulanan kepada pihak 'finance' atau Syarikat Kewangan Berlesen. Kebanyakan pembeli kenderaan LELONG ini adalah 'dealer' atau penjual-penjual kereta terpakai dari seluruh Malaysia dan luar negara. Banyak pertanyaan yang biasa di kemukakan, mengenai keadaan kenderaan yang di LELONG. Adakah dalam keadaan baik atau sebaliknya ?. Umum mengetahui bahawa setiap kenderaan yang dibeli dengan pinjaman bank, ianya dilindungi 'insuran' dan apabila kenderaan berkenaan terbabit dengan kemalangan ianya akan ditanggung oleh insuran. Walaupun begitu terdapat juga kerosakan, kemungkinan berlaku semasa kenderaan ini di tarik atau disimpan. Mengenai kerosakan yang serius pada kenderaan, ianya boleh di lihat semasa masa pemeriksaan 'inspection' sebelum LELONGAN dimulakan. Pembida atau pembeli boleh membuat keputusan untuk membeli atau tidak membeli. Kerosakan pada kenderaan yang boleh di lihat dengan jelas adalah satu perkara yang mudah untuk membuat keputusan samaada beli atau tidak, tetapi perlu difahamkan bahawa banyak perkara lagi yang perlu diketahui khususnya dari sudut perundangan atau proses pembelian kenderaan LELONG ini. Banyak soalan yang dikemukakan oleh kebanyakan pembeli merupakan pertanyaan yang asas atau yang lazim. Contoh pertanyaan, keadaan kenderaan, kenderaan yang cari, ada tak unsur-unsur penipuan, lokasi dan sebagainya.
Untuk menjelaskan tujuan blog ini diadakan adalah bagi menjelaskan peranan yang dibuat dan memaklumkan prosedur umum proses pembelian kenderaanLELONG.
Asas pada khidmat atau 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG, bukanlah memberikan apa-apa janji-janji manis sebagaimana penjual ubat ditepi kakilima . Ini perlu dinyatakan sejelas-jelasnya, bagi mengelakkan kekeliruan. Pada kebiasaannya pembeli inginkan jaminan yang luar biasa dan diluar bidang kuasa yang ada. 'GUIDE' diberikan adalah bagi pengetahuan supaya dapat kenderaan yang selamat untuk dimiliki.
Asas pada khidmat atau 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG, bukanlah memberikan apa-apa janji-janji manis sebagaimana penjual ubat ditepi kaki
Mungkin kealpaan pembeli mengenai undang-undang iaitu bidang kuasa beberapa agensi kerajaan keatas kenderaan. Saman yang tertunggak samaada dengan polis atau jpj, ubahsuai kenderaan kenderaan dengan puspakom dan kastam dan pelbagai lagi prosedur biasa yang perlu diketahui oleh pembeli.
Dan terdapat juga kenderaan yang tidak mempunyai 'geran' atau kad pendaftaran. Oleh itu, 'GUIDE' diberikan bagi memastikan kenderaan yang dibeli MURAH dan SELAMAT. http://lelongline.blogspot.com
Mengenai soalan-soalan biasa yang dikemukakan, mengenai keadaan kenderaan ianya boleh di'periksa' sebelum pembelian dibuat dan jika pembelian dibuat tanpa pemeriksaan dibuat ianya kesilapan sendiri.
Banyak pertanyaan yang meminta supaya carikan kenderaan tertentu dan simpan nanti pembeli berkenaan datang dan beli, di tempat kenderaan LELONG perkara ini tidak boleh dibuat. Proses LELONGAN kenderaan dimana wakil dari pihak Bank atau syarikat kewangan turut ada semasa LELONGAN dibuat.
Diakui bahawa langkah berhati-hati adalah amat baik tetapi jika jadi takut atau sehingga 'fobia' boleh menghantui pemikiran dan apa pun tak boleh buat. Suka saya fahamkan bahawa negara Malaysia tercinta ini ada undang-undang.
Dan sebagai langkah keselamatan, kini di pusat LELONGAN menyediakan pemeriksaan oleh puspakom cuma perlu membayar sebanyak RM50.00 bagi setiap unit kenderaan yang dibeli.
Pertanyaan mengenai lokasi LELONGAN diadakan, sebab ada yang nak pergi tengok dulu samaada betul atau tidak ada tempat kenderaan LELONG. Apabila diberitahu lokasi, nanti ditanya pula proses untuk nak membeli dan pelbagai pertanyaan lagi. Kadang-kadang di rasakan bahawa saya sebagai kaunter pertanyaan.
Bagi memudahkan pembeli kenderaan LELONG, semua maklumat mengenai kenderaan LELONG ini akan diberikan setelah fees 'GUIDE' dibuat. Dan ada yang menyatakan bahawa masuk di tempat kenderaan LELONG tidak perlu buat apa-apa bayaran. Sekarang ini nak kencing pun kena bayar bukannya nak minum saja yang kena bayar. Memandangkan mentaliti 'subsidi' sudah sebati dalam benak dan sanubari maka semuanya ingat dapat 'free'. Orang lain dah pun jadi kaya raya daripada asalnya apapun tak ada dan kita dari ada segala-galanya dan sekarang satu demi satu hilang entah kemana.
Adalah diingatkan bahawa terdapat pelbagai penipuan jualan kenderaan yang di tawarkan dengan harga murah. Sebagaimana pendedahan dimedia, kenderaan curi atau kenderaan yang di'tarik' oleh pihak 'finance' yang di serahkan pada pihak berkenaan. Juga terdapat sendikit atau kumpulan yang membuat salinan 'geran' atau kad pendaftaran kenderaan. Jika pembeli terpedaya, dapat masuk lokap dan ditangkap polis kerana memiliki dokumen palsu dan kenderaan curi. Ubahsuai nombor pendaftaran pada injin, penyambungan kenderaan dan pelbagai lagi. Oleh kerana ada permintaan pada barang curi ini, maka adalah pembekalnya.
Jika pencurinya yang kena tangkap, okeylah tetapi yang selalunya kena pembelinya. Inilah faedahnya nak dapat kenderaan secara mudah dan murah yang akhirnya mendapat padah. Sebagai langkah-langkah berhati-hati pembeli perlu merujuk pada pihak berkuasa seperti JPJ, PUSPAKOM dan POLIS sebelum membeli kenderaan yang ditawarkan mudah dan murah.
Pengetahuan adalah penting dalam membuat keputusan, mengenai pembelian kenderaan LELONG ini, pembeli di bawa ke tempat LELONGAN dan dimaklumkan prosedur dan proses pembelian kenderaan LELONG. Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan membeli kenderaan LELONG.
Kebanyakkan 'dealer usedcar' mendapatkan kenderaan untuk dijual diambil dipusat kenderaan LELONGAN ini. Untuk makluman, semua bank-bank atau finance yang memberikan pinjaman kenderaan ianya berpusat di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.
Dan apa bila kenderaan ini ditarik ianya dibawa ke Kuala Lumpur atau Petaling Jaya dan dimasukkan ke stor dan di LELONG. Dengan erti kata lain pusat LELONGAN kenderaan adalah diKuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sebagai contoh yang mudah, jika terdapat nombor plat J di usedcar dikedah, tak kan lah orang johor nak ke kedah untuk 'treade-in' kereta, jika kemungkinan orang kedah kerja di johor atau lain-lain sebab, jika seunit dua okeylah tetapi jika kat kedah terdapat macam-macam plat melaka, terengganu dan lain-lain. Kebiasaannya 'dealer usedcar' akan mendapatkan kenderaaan dipusat LELONGAN.
Jadi tidaklah jadi perkara pelik jika selama ini pembeli di'usedcar' beli kenderaan yang diambil oleh 'dealer' dipusat LELONGAN. Walaupun ada 'dealer' yang jual kenderaan yang di'treade-in' tetapi kebanyakkan mendapatkan kenderaan LELONG. Ini adalah kerana harga pembelian dipusat LELONGAN lebih menarik dan menguntungkan. http://lelongline.blogspot.com
Banyak lagi perkara yang perlu di ketahui oleh pembeli kenderaan LELONG, saya alu-alukan sebarang pertanyaan dan terus SMS dan lebih baik terus CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri . dan ada yang suka sms saja, kadang-kadang saya agak sibuk dan tak balas sms jadi saya syorkan supaya terus CALL dan dapat kita bersoaljawab dengan mudah. Dan kadang-kadang ada yang nak email, untuk makluman saya kurang masa nak baca email.
Sekadar panduan, di sertakan gambar-gambar kenderaan LELONG, ada juga yang nak gambar yang terkini atau list kenderaan LELONG terkini. Jika nak tengok yang terkini, saya syorkan masuk lah ke tempat kenderaan LELONG dan pilihlah kenderaan yang jadi idaman anda mengikut kemampuan anda......
Sekadar panduan, di sertakan gambar-gambar kenderaan LELONG, ada juga yang nak gambar yang terkini atau list kenderaan LELONG terkini. Jika nak tengok yang terkini, saya syorkan masuk lah ke tempat kenderaan LELONG dan pilihlah kenderaan yang jadi idaman anda mengikut kemampuan anda......
TERKINI DAN TERHANGAT DI PASARAN
Panduan pembelian kenderaan LELONG yang boleh dilihat melalui youtube, terdapat penjelasan, tempat LELONGAN dan proses jualan kenderaan LELONG. Ianya boleh terus di ikuti melalui youtube
PEMBELIAN KENDERAAN LELONG
Proses pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG ini adalah begitu mudah. Anda dibawa ke tempat jualan kereta LELONG, GUIDE diberikan dimana harga kenderaan dari RM 500.00 atau 1/3 dari harga pasaran. Pilihlah sendiri kenderaan yang diingini. Ini telah dinyatakan pada kenyataan sebelum ini namun masih lagi terdapat kekeliruan kerana kegagalan memahami apa yang dinyatakan.
Masih ada lagi meminta untuk mencari kenderaan yang diingini dan berikan padanya. Ini agak sukar kerana proses pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG ini berbeza dengan jualan kenderaan oleh secondhand usedcar/penjual kenderaan terpakai.
Juga masih ada lagi yang hanya ingin 'lihat tempat' dan sebagainya. Jika hanya untuk melihat-lihat ini mungkin membuang masa, ini adalah tempat jualan kenderaan LELONG ini bukanlah satu distinasi pelancongan atau tempat lawatan.
Di pusat jualan kenderaan LELONG merupakan stor tempat penyimpanan kenderaan yang dikawal keselamatannya yang hanya dibuka pada hari2 tertentu. Hanya pada hari lelongan tempat ini dibuka dan sebahagian kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk di'periksa' sebelum proses lelongan bermula.
Walaupun pelbagai kenyataan yang diterangkan mengenai proses pembelian kenderaan LELONG ini, namun pertanyaan yang sama masih lagi di kemukakan. Adalah agak sukar untuk memberikan kefahaman, lebih-lebih lagi jika hanya melalui SMS dan lebih kritikal jika hanya membuat miss call. Jika pembeli tiada komitmen dan tidak serius, ini sebenarnya dapat dikenali melalui tindakan yang dibuat dan kebiasaannya ianya tidak akan diberikan perhatian. Diharapkan supaya pembeli terus jika ada apa-apa pertanyaan dan ini akan diterangkan atau diberikan penjelasan.
Satu lagi pertanyaan yang sering ditanya berulang-ulang kali ialah:
'BILA TARIKH LELONGAN DIBUAT' ?.
Pada setiap SABTU dan AHAD SETIAP MINGGU kecuali pada cuti Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina serta tertakluk pada pindaan pihak bank/pusat lelongan. Ini memberikan maksud bahawa pada setiap SABTU dan Ahad pada setiap MINGGU ada LELONGAN kenderaan dibuat.
Terdapat juga pertanyaan 'MASIH ADA LAGIKAH JUALAN KERETA LELONG' ?
Selagi ada pembelian kenderaan melalui pinjaman Bank, selagi itulah ada jualan kenderan secara LELONG. Sekali lagi adalah di harapkan supaya pembeli CALL 0124762674- mr. kheng jika ada pertanyaan